26 Julai 2013 - Sekolah Henry Gurney Keningau telah mengadakan Majlis Ihya Ramadhan Peringkat Sekolah Henry Gurney Keningau. Hadir pada majlis tersebut adalah TKPj. Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Ketua-ketua Institusi Penjara Sabah, para jemputan serta kakitangan dan keluarga Sekolah Henry Gurney Keningau. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Encik Azman Bin Hj. Ruslan iaitu Ketua Pemuda UMNO Keningau. Pengisian majlis adalah ceramah bertajuk "Nuzul Quran", tazkirah, majlis berbuka puasa dan juga solat terawih berjemaah.Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal dan cenderahati kepada penceramah jemputan oleh TKPj Ab. Basir bin Mohammad dan isteri.
""