| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Penghuni Bersama Pegawai Penjara Pusat Sibu

Pada 25 Julai 2013 (Khamis) telah diadakan majlis berbuka puasa penghuni penjara bersama kakitangan Penjara Pusat Sibu bertempat di Dataran Zon Damai. Seramai 100 orang banduan Islam dari Zon Harapan dan Zon Damai terlibat dalam majlis berbuka puasa bersama kakitangan penjara dan tetamu jemputan dari luar. Objektif diadakan majlis seumpama ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara penghuni dan kakitangan penjara disamping dapat merasai suasana berbuka secara beramai-ramai khususnya dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Majlis ini bukan sekadar untuk menikmati hidangan berbuka puasa sahaja tetapi diselitkan juga dengan tazkirah agama Ramadhan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Nazarul Bin Wan Abdul Latif, Pegawai dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Majlis berbuka puasa bersama penghuni penjara ini juga telah dihadiri oleh PKP Hj. Mohd Farid Bin Hj. Kassim, Pengarah Penjara Pusat Sibu dan pegawai-pegawai kanan penjara, kakitangan penjara serta tetamu jemputan dari Pejabat Residen, Jabatan Kerajaan sekitar Sibu, Hakim Pelawat dan RTM Sibu. Di akhir majlis telah diadakan sesi temu ramah RTM bersama penghuni yang terpilih dan temu ramah dengan Pengarah Penjara Pusat Sibu.

 

""