Pada 19 Julai 2013 bersamaan 10 Ramadhan 1434H telah berlangsung Majlis Iftar Ramadhan Rumah Perantaraan Jabatan Penjara Malaysia Negeri Sarawak yang telah dianjurkan oleh Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak dengan kelolaan Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kuching. PKP Fathi bin Mursidi, Pengarah Penjara Puncak Borneo hadir bagi mewakili TKPj. Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Majlis Iftar kali ini disusuli dengan Solat Fardhu Isya? dan Solat Sunat Tarawikh berjemaah yang kemudiannya diakhiri dengan jamuan moreh.
""