Pada 28 Julai 2013, bertempat di Perkarangan Surau An-Nur Penjara Sungai Buloh telah diadakan majlis Iftar Jama?ie Jabatan Penjara Malaysia Bersama YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri. Ketibaaan YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Penjara Sungai Buloh disambut oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar serta pengurusan tertinggi Kementerian yang lain. Majlis turut dihadiri Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi-Agensi di bawah KDN, Mantan Ketua Pengarah Penjara Malaysia, YB Tuan Abdul Shukur bin Hj Idrus, Adun N13 Kuang, Wakil-Wakil NGO serta kakitangan, keluarga dan penduduk setempat. Majlis turut diisikan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Anwarul Madat, tazkirah Ramadhan dan penyampaian sumbangan oleh YB Menteri Dalam Negeri kepada Maahad Tahfiz Asrama Damai Kuang dan Yayasan Restu. Manakala YB Tuan Abdul Shukur telah berbesar hati menyampaikan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Asrama Damai Kuang, Kelab Sukan Dan Kebajikan Penjara Sungai Buloh, PERSIAP cawangan Sungai Buloh, dan Surau An-Nur Penjara Sungai Buloh. Selain itu majlis turut menyaksikan YB Menteri Dalam Negeri menerima sumbangan Jabatan Penjara Malaysia kepada Tabung Wira Lahad Datu yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Penjara.
""