| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Lawatan Kerja Ybhg. Kjp Dato' Sri Hj Zulkifli Bin Omar Dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Penjara Negeri Sarawak

27 Julai 2013 YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Penjara Pusat Miri, Sarawak serta menghadiri majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir ialah YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Hj Man, Pengerusi PERSIAP Malaysia,  TKPj Abdul Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan juga PKP Kamarul Alam bin Taib, Pengarah Penjara Pusat Miri. Program lawatan bermula dengan kunjungan YBhg. KJP Dato' Sri Hj Zulkifli bin Omar dan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Hj Man kepada WP12608 Awang Hisam bin Awang Ismail dan disusuli Dialog Bersama Pegawai Kanan Penjara Negeri Sarawak bertempat di Mega Hotel Miri.


Majlis berbuka puasa pula diadakan di Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri dimana turut dijemput YB Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, Ahli Parlimen P.218 Sibuti, YB En Ripin bin Lamat ADUN N. 62 Lambir, Tuan Haji Ismail bin Haji Murat, Pemangku Pengarah Penjara Negara Brunei, Ketua-ketua agensi KDN Miri, Pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Sarawak dan lain-lain jemputan. Majlis menyaksikan penyerahan sumbangan kepada anak-anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup Miri, kumpulan Tadarrus Al-Quran dan juga pesara-pesara pegawai penjara. Majlis berakhir setelah Solat Sunat Tarawih dan Moreh.

 

""