Pada 5 Februari 2013 - Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menjayakan Program Perjumpaan 1Jam 1Malaysia sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina yang turut diadakan serentak seluruh Jabatan Penjara Malaysia.
Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Datuk Wira Abdul Latif bin Tamby Chik ADUN Telok Mas dan pelakon utama filem Juvana iaitu Johan Ashari (Botak) serta Ahli Lembaga Pelawat SHG Melaka.
Acara dimulakan dengan ucapan Pengarah SHG Melaka PKP Jamil Razif bin Kassim , persembahan tarian 1Malaysia dan D'baie oleh penghuni seterusnya penyampaian sumbangan buku-buku rujukan serta jersey untuk pasukan bolasepak penghuni disini. Majlis diakhiri dengan acara beramah mesra keluarga dan penghuni dengan YB Datuk Wira Abdul Latif ADUN Telok Mas, Pengarah SHG Melaka, Ahli Lembaga Pelawat SHG serta guru-guru akademik.
""