Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni dan Keluarga Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Penjara pengkalan Chepa, Kelantan telah diadakan pada 5 Februari 2013 bertempat di Dataran Insaf Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan bermula jam 2.30 ptg.
Ketibaan para tetamu disambut oleh PP. Wan Sani bin Abdul Latiff Timbalan Pengarah Penjara Pengkalan Chepa bersama Pegawai kanan Institusi. Majlis telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Mohd Kaisan bin Abdul Rahman, Timbalan Presiden Jaksa Pendamai Negeri Kelantan. Majlis juga telah dijayakan oleh 40 orang penghuni dan 120 orang keluarga.
Selain dari bacaan ikrar oleh penghuni ,dimajlis tersebut juga diadakan penyampaian limau mandarin kepada wakil penghuni daripada wakil Persatuan Buddha Kelantan,. Majlis selesesai pada jam 4.00 petang.
""