| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pelancaran Program Perjumpaan 1Malaysia Jabatan Penjara Malaysia

5 Februari 2012 (Selasa), Majlis Pelancaran Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni dan Keluarga Jabatan Penjara Malaysia Sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina telah berlangsung di perkarangan Rawatan Pemulihan Dadah, Penjara Kajang. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri. Seramai 120 orang penghuni telah berpeluang bertemu dengan ahli keluarga mereka di dalam majlis yang diserikan dengan persembahan nyanyian dan kebudayaan berbilang kaum daripada penghuni Penjara Kajang.


Majlis diserikan dengan acara Pelepasan Penghuni Secara Lesen, penyerahan surat tawaran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Sijil Latihan Dual Nasional, Bantuan Kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pemberian limau mandarin oleh Persatuan Agama Buddha. Y.B Menteri Dalam Negeri turut beramah mesra bersama penghuni dan keluarga mereka serta menyampaikan hamper kepada ahli keluarga penghuni yang hadir.

 

""