Selasa, 5 Februari 2013, satu Majlis Perhimpunan Bulanan Peringkat Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak Bagi Bulan Februari 2013 telah diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta, Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak (IPPNS) yang melibatkan pegawai dan anggota serta kakitangan IPPNS, Pejabat Parol dan Khidmat Komuniti Negeri Sarawak dan PULAPEN Wilayah Sarawak. Majlis disempurnakan oleh PKK Abd. Kadir bin Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Di dalam majlis tersebut, Pengarah Penjara Negeri Sarawak menyampaikan sumbangan saguhati dari Tabung Kecemasan Penjara Negeri Sarawak kepada pegawai dan anggota yang layak menerimanya.
""