5 Februari 2013, Perkarangan Bengkel Zon II, Penjara Penor. Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni Dan Keluarga Sempena Tahun Baru Cina Jabatan Penjara Malaysia Bagi Tahun 2013, merupakan acara yang diadakan secara serentak di semua institusi penjara seluruh Malaysia. Seramai 22 orang banduan terdiri dari pelbagai kaum telah terpilih mengikuti program tersebut. Program yang bermula pada jam 1.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Setia Pengarah Penjara Penor PKP Abu Hasan bin Hussain. Seramai lebih kurang 150 orang ahli keluarga telah sudi hadir bagi menjayakan program perjumpaan bersemuka dengan dikawal oleh anggota Unit UKP Penjara Penor. Wartawan dari pelbagai media cetak dijemput bagi membuat liputan program tersebut.
""