| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni Dan Keluarga Peringkat Penjara Pokok Sena

Selasa 05 Februari 2013 - Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni dan Keluarga Peringkat Penjara Pokok Sena yang diadakan di Perkarangan APCCA Penjara Pokok Sena bermula pada jam 02.30 hingga 04.00 petang.


Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Azmi Bin Che Hussein, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayu, Baling. Majlis ini melibatkan seramai 15 orang penghuni Penjara Pokok Sena.


Majlis Perjumpaan 1 Malaysia ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara penghuni dan keluarga . Pendekatan ini memberi keinsafan kepada setiap penghuni bahawa masih ada yang mengambil berat dan menyayangi mereka. Sistem sokongan ini mampu memberi galakan kepada penghuni agar berdisiplin dan berkelakuan baik semasa di penjara.

 

 

""