Penjara Sungai Udang telah menerima lawatan dari Yang Berbahagia Dato Sri Abdul Rahim Bin Mohamad Radzi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri bersama isteri Yang Berbahagia Datin Sri Zahrah Binti Che Hussain pada 02 Februari 2013. Lawatan ini juga di sertai oleh Yang Berbahagia Dato Sri Hj Zulkifli Bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan isteri Datin Sri Hjh Noraini Binti Hj Man. Kunjungan YBhg.Dato' Sri KSU ke Penjara Sungai Udang adalah bersempena rangka lawatan meninjau perkembangan pembinaan Penjara Jasin, Melaka. Jamuan Makan Malam telah diadakan di Rumah Kelab Penjara Sungai Udang dan aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Persahabatan Badminton antara Pasukan Kementerian Dalam Negeri dan Pasukan Jabatan Penjara Malaysia.