24 Januari 2013 , Seramai 42 orang kakitangan mewakili Kontinjen Penjara Miri telah mengikuti pertandingan sepanduk dan perarakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Miri, Penjara Miri telah menjadi johan pertandingan sepanduk bagi kategori jabatan kerajaan, Penjara Miri juga telah mendapat Johan Keseluruhan daripada 94 buah kontinjen yang menyertai pertandingan ini.
Program diteruskan lagi di Surau Darul Ibadah Penjara Miri khusus untuk warga Penjara Miri dengan ceramah yang disampaikan oleh Al-fadhil Ustaz Zulkiflie bin Mohamad Nor dari Jabatan Agama Islam Miri.
""