13 Februari 2013, Konsul baru Filipina ke Malaysia Mr. Medargo G. Macaraig bersama atache konsular iaitu Mr Eduardo Vinuya dan Mr.Ariel Esparto telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Rombongan delegasi tersebut telah disambut oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Perjumpaan adalah bagi membincangkan isu dua hala berhubung warga Filipina yang ditahan di institusi penjara Malaysia disamping mendapatkan penjelasan mengenai Program Pemindahan Banduan Asing. Turut bersama-sama di dalam sesi pertemuan ini ialah TKPj Hj Darussalam bin Hj Budin, Ketua Seksyen Pemulihan dan Rawatan, TKPj Hj. Mohd. Zawawi b Ab Rahim, Pengarah Pemindahan Banduan Asing dan TKPj Supri Hashim, Ketua Seksyen Dasar.
""