Pada 05 Febuari 2013 bersamaan 24 Rabiul Awal 1434 Penjara Sungai Petani telah mengadakan Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni dan Keluarga Peringkat institusi Penjara Sungai Petani, Kedah bertempat di Dataran Zon I Penjara Sungai Petani, Kedah. Majlis di mulakan dengan nyanyian lagu 1m4u, sketsa oleh penghuni dan persembahan nasyid. Majlis diserikan lagi dengan penyerahan buku daripada keluarga kepada penghuni dan majlis di sempurnakan oleh En. Osman bin Noor, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, PKP Mohd Muslih Bin Mahmud dan lain-lain jemputan. Majlis di teruskan dengan bacaan Ikrar 1 Malaysia oleh penghuni dan pemberian sumbangan oleh En. Osman bin Noor kepada keluarga penghuni. Majlis diakhiri dengan bacaan doa dan jamuaan.
""