15 Februari 2013 Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012, Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Sabah telah berlangsung di Dewan LHDN Sandakan Sabah dan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Alwi Bin Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan ( Keselamatan ). Turut hadir sama dalam majlis tersebut, YBhg. Dato' Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), Timbalan Komisioner Haji Ahmad Faudzi Bin Haji Awang, Ketua Seksyen Inteligen, Encik Nik Ahmad Zaki Pengarah Sumber & Pentadbiran, PKK. Suria Bin Haji Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah dan PKP Faridon Bin Md Saad Pengarah Penjara Sandakan merangkap Pengerusi Pengelola Majlis APC 2012 Zon Sabah. Seramai 98 orang pegawai penjara dan awam pelbagai pangkat telah menerima anugerah dalam majlis ini. YBhg. Dato' Haji Hassan Bin Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan dan Koreksional), mengambil kesempatan untuk bersesi dialog bersama semua penerima APC 2012. Pada sebelah malam, para penerima diraikan dalam majlis makan malam yang diatur bersama-sama tetamu kehormat.
""