19 Februari 2013 ( Selasa ) Penjara Johor Bahru menerima kunjungan tiga orang delegasi SUHAKAM yang terdiri daripada En. Muhammad Sha'ani bin Abdullah (Pesuruhjaya), Encik Hairul Encik Shahizad bin Sulaiman ( Penolong Setiausaha ) dan Cik Yustina bte Ishak ( Penolong Setiausaha ) dalam rangka lawatan ke tempat tahanan dan penjara. Rombongan disambut oleh PKP Md Md bin Mamat, Pengarah Penjara Reman Johor Bahru dan beberapa pegawai kanan yang lain. Selesai taklimat operasi rombongan dibawa melawat kawasan dalam penjara. SUHAKAM juga turut menemubual beberapa orang banduan berkaitan hukuman dan layanan disetiap tempat kerja / blok penempatan yang dilawatinya.
""