| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Kerja Delegasi Albania Ke Jabatan Penjara Malaysia

18 Februari 2013 - Jabatan Penjara Malaysia menerima kunjungan delegasi daripada Negara Albania ke beberapa buah institusi penjara di Malaysia mulai pada 18 hingga 19 Februari 2013. Senarai nama delegasi Albania diketuai oleh Mr Idriz Konjari, Duta Albania di Kuala Lumpur, Mr. Gazmend Dibra, Director General of The Albanian Prisons dan Mr. Gerdjan Xhanara, Secretary General, Ministry of Justice of Albania. Sesi taklimat berlangsung di Bilik Persidangan,Bukit Wira sebelum rombongan delegasi melakukan lawatan ke Penjara Wanita Kajang dan Penjara Kajang. Ketibaan delegasi disambut oleh KPj Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Pengarah Keselamatan dan Inteligen bagi mewakili Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Kunjungan ini adalah bertujuan berkongsi pengalaman dan meninjau Sistem koreksional Malaysia meliputi di bidang pengurusan sumber manusia, latihan, keselamatan dan pemulihan.

 

""