Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah diberi kepercayaan oleh Majlis Sukan Penjara Malaysia untuk mengelolakan Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-5 Tahun 2013. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 15 hingga 17 Februari 2013 bertempat di Gelanggang Futsal, Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak dan dirasmikan oleh PKP Osman bin Lehan, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola kejohanan.
Kejohanan Futsal pada tahun ini telah disertai 21 pasukan dari seluruh penjara Malaysia. Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan sebanyak 52 perlawanan telah diadakan sepanjang tempoh kejohanan berlangsung.
Keputusan kejohanan adalah seperti berikut :
Johan
MELAKA
Naib Johan
PAHANG 'B'
Ketiga Bersama
JOHOR 'A' dan JOHOR 'C'
Penjaring Terbanyak
MOHD TARMIZI BIN CHE OMAR
Pemain Terbaik
ALIAS BIN ABDUL KHALIL
Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Futsal Jabatan Penjara Malaysia Kali Ke-5 Tahun 2013 pada 17 Februari 2013 telah disempurnakan oleh KPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan dan dihadiri oleh Pengarah-Pengarah dari institusi penjara Zon Tengah dan Zon Utara.
""