Rabu, 13 Februari 2013 bersamaan 2 Rabiulakhir 1434H ? Seksyen Pemulihan & Rawatan, Penjara Kluang telah mengadakan Program Jalinan Kasih Perjumpaan Bersemuka Sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang bertempat di Dataran Insaf, Penjara Kluang.
Program yang melibatkan 20 orang penghuni Penjara Kluang yang terdiri daripada penghuni lelaki telah berlangsung dalam suasana meriah dan lancar. Suasana hiba sambutan tahun baru cina kian terasa apabila pertemuan melibatkan penghuni bersama keluarga masing-masing. Program bermula seawal jam 10.00 pagi dan telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Program turut dihiburkan dengan persembahan akustik oleh Kumpulan Kugiran Penjara Kluang dan persembahan tarian kipas oleh penghuni wanita Penjara Kluang.
Turut memeriahkan sambutan adalah kehadiran PKK Mat Rasid Bin Jahlil, Pengarah Penjara Kluang. Beliau sempat beramah mesra dengan ahli keluarga penghuni sebelum sama-sama menjamu hidangan yang disediakan.
Menerusi pendekatan program ini, ianya diharapkan dapat memberi kesempatan dan juga peluang kepada penghuni untuk berjumpa dengan keluarga dan merasai sendiri sambutan Tahun Baru Cina bersama keluarga. Melalui sokongan dan nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh pihak ahli keluarga diharap akan memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.
""