19 Februari 2013 (Selasa) - Penjara Sungai Udang telah menerima kunjungan Lawatan Kerja dari Delegasi Albania. Lawatan kerja ini terdiri daripada Mr. Gerdjan Xhanara Ketua Setiausaha Kehakiman Albania, Mr. Gazmend Dibra Ketua Pengarah Penjara Albania, Mr. Idriz Konjari Pegawai Pejabat Kedutaan Albania di Malaysia. Lawatan kerja ini bermula dengan sesi taklimat yang telah di berikan oleh KIP S. Ganesan Pillay A/L B.s Pillay berkaitan dengan operasi Penjara Sungai Udang dan lawatan ke bengkel-bengkel kemahiran vokasional dan usahasama. Seterusnya, delegasi di sajikan dengan jamuan makan tengahari dan bersurai.
""