| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Jabatan Penjara Malaysia Di Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang

19 Februari 2013 (Selasa), bertempat di Dewan Sukan Kompleks Penjara Seberang Perai berlansungya Program Jalinan Kasih Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Jabatan Penjara Malaysia. Program dirasmikan oleh KPj Jamaluddin bin Saad, Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan IPPM. Hadir bersama PKK Kamarudzaman bin Hj. Mamat, Pengarah Penjara Seberang Perai, Dato' K.R Pulayantran, wakil Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) Pulau Pinang, ketua-ketua institusi zon utara, wakil PDRM dan tenaga pengajar Persatuan Penganut Agama Budha Amitabha. Majlis diserikan dengan persembahan tarian singa Phai Teik Union Chinese Culture Group dan persembahan daripada penghuni.


Program ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk merasai kemeriahan sambutan sempena hari perayaan serta memperkukuhkan ikatan kekeluargaan antara penghuni dan keluarga. Jabatan Penjara Malaysia amat serius merancang dan melaksana pelbagai alternatif  pemulihan penghuni yang bukan melibatkan hukuman pemenjaraan semata-mata, tetapi lebih berupa memberi bimbingan dan kemahiran serta pentingnya penglibatan keluarga dalam mengembalikan keyakinan penghuni untuk berhadapan dengan masyarakat.

 

""