| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Perbincangan Awal Bagi Tujuan Pelaksanaan Program Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia-Thailand

Pada 18 hingga 19  Februari, 2013 satu sesi perbincangan awal bagi tujuan Pelaksanaan Program Pemindahan Antarabangsa Banduan Malaysia -Thailand telah diadakan di Meritus Pelangi Beach Resort & Spa Langkawi. Delegasi  Malaysia telah diketuai oleh YBhg. Dato' Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) dan disertai oleh pegawai-pegawai lain termasuk YBhg. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar Negeri, Jabatan Peguam Negara dan Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Penjara Malaysia.


Delegasi dari Thailand disertai seramai 6 orang pegawai yang diketuai oleh Encik Voradet Viravakin, Ketua Pengarah Jabatan Triti dan Hal Ehwal Undang-Undang, Kementerian Luar Negeri, Thailand.

 

""