| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni Dan Keluarga Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penjara Sandakan 2013

Pada 07 Februari 2013, institusi Penjara Sandakan telah mengadakan Program Perjumpaan 1 Malaysia Penghuni Dan Keluarga Sempena Tahun Baru Cina Peringkat Penjara Sandakan yang telah disempurnakan oleh En.Charles O Pang wakil Y.B Datuk Liew Vui Keong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.  Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti ikrar 1 Malaysia yang dipimpin oleh penghuni sendiri dan persembahan Nasyid,sajak,persembahan kaum tiong hua  dan penyampaian Sijil SLDN kepada penghuni. Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat mengikis stigma negatif kepada banduan dan keluarga,mengalakkan penerimaan dan kerjasama kerajaan, pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan dan ahli keluarga dalam aktiviti pemulihan banduan serta mencetus perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum melalui program yang diadakan kepada banduan dan ahli masyarakat setempat. Pada penutupan majlis PKP Faridon Md.Saad, Pengarah Penjara Sandakan telah menyampaikan cenderahati kepada En.Charles.

 

""