22.02.2013 Y. Bhg. Dato' Sri KJP Hj. Zulkifli bin Hj. Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia telah melakukan lawatan kerja ke Penjara Pusat Sri Aman dan melaksanakan dua aktiviti serentak iaitu kempen menanam sejuta pokok di perkarangan luar penjara dan sesi dialog bersama anggota dan kakitangan Penjara Pusat Sri Aman. Rombongan turut disertai oleh Yang Setia KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), TKPj Nordin bin Muhammad, Pengarah Pembangunan Profesionalisme, TKPj Dato' Mohd Sakeri bin Hj. Dollah, Ketua Seksyen Vokasional Dan Industri, PKK Abd. Kadir bin Hj. Rais, Pengarah Penjara Negeri Sarawak serta beberapa orang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia.
""