24 Februari 2013 Unit Pemulihan Dan Rawatan Penjara Sungai Petani Kedah dan Klinik Kesihatan Daerah Kuala Muda telah bekerjasama menganjurkan Program Kesedaran Aids dan STI di kalangan remaja. Program ini melibatkan seramai 100 orang banduan. Dr. Suziana Binti Redzuan dari Klinik Kesihatan Kuala Muda telah menyampaikan taklimat serta mengadakan sesi soal jawab dengan banduan. Program ini juga dapat menjalinkan kerjasama antara Jabatan Penjara Malaysia dan Kementrian Kesihatan Malaysia dalam memberi maklumat dan kesedaran dikalangan banduan.
""