Maktab Penjara Malaysia telah melaksanakan Program Transformasi Minda Peringkat Jabatan Penjara Malaysia pada 18 Februari 2013. Program yang berlangsung selama 5 hari bermula 18 hingga 22 Februari 2013 merupakan program pra syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbiran serta turut dihadiri En Megat Azlani Bin Megat Ramli, Ketua penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Kompetensi, Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam. Seramai 62 orang pegawai berpangkat Inspektor dan 6 orang pegawai awam dari pelbagai gred jawatan berjaya menamatkan program ini.
""