| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bantuan mangsa Banjir Di Chenor, Pahang Darul makmur

Pada 8 Disember 2013 (Ahad) Penjara Sungai Buloh telah mengadakan lawatan ke Pusat bantuan Banjir di SMK Tg Ampuan Afzan Chenor, Pahang darul Makmur.  Lawatan Diketuai oleh Pengarah Penjara Sungai Buloh TKPj  Narander Singh dan anggota lain-lain pangkat.  Program bertujuan menunjukkan keprihatinan Jabatan Penjara Malaysia dalam membantu masyarakat dan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat.  Pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh menyediakan makanan tengah hari secara gotong royong bersama mangsa banjir dan diagihkan kepada semua mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan banjir tersebut.  Masyarakat setempat menyambut baik kedatangan pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh.

 

""