13 Disember 2013, Mesyuarat Agung Majlis Sukan Penjara Malaysia Sesi 2013-2014 yang melibatkan Yang Dipertua Kelab-Kelab Sukan dan Kebajikan institusi Jabatan Penjara Malaysia telah dipengerusikan oleh Yang Setia KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Pengurusan) merangkap Naib Yang Dipertua II Majlis Sukan Penjara Malaysia di Dewan Mahsuri, Akademi Koreksional Malaysia, Langkawi. Mesyuarat adalah bagi pemilihan dan perlantikan baru Exco MSPM bagi sesi 2013-2014. Pengurusan tertinggi Jabatan, merakamkan setinggi-tingi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua barisan Exco Majlis Sukan Penjara Malaysia yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan pengurusan Majlis Sukan Penjara Malaysia sepanjang tempoh Sesi 2012-2013. Syabas dan tahniah di atas kejayaan Pasukan Penjara Negeri Sembilan yang diwakili oleh gabungan pasukan daripada Penjara Seremban, Penjara Jelebu, Parol Negeri Sembilan dan PPP Kem Sirajuddin Gemas yang mengungguli kejohanan Majlis Sukan Penjara Malaysia bagi Tahun 2013.
JAWATANKUASA KERJA MAJLIS SUKAN PENJARA MALAYSIA SESI 2013-2014
YANG DIPERTUA
YBhg. KJP Dato' Sri Haji Zulkifli bin Omar
NAIB YANG DIPERTUA I
YBhg. TKJP Dato' Hj. Hassan bin Sakimon
NAIB YANG DIPERTUA II
YS. KPj Wan Abdul Rahman bin Abdullah
SETIAUSAHA KEHORMAT
[Perlantikan oleh YDP}
PENOLONG SETIAUSAHA
[Perlantikan oleh YDP}
BENDAHARI KEHORMAT
En Mat Hassan bin Mat Esa
PENOLONG BENDAHARI
[Perlantikan oleh YDP}
AHLI-AHLI
1. Encik Nik Ahmad Zaki bin Nik Ismail
2. TKPj Nordin bin Mohamad
3. TKPj Hj.Darussalam bin Hj Budin
4. TKPj Narander Singh a/l Chand Singh
5. TKPj Haji Zawawi bin Ab. Rahim
6. TKPj Tan Tian Heng.
7. TKPj Haji Ab. Basir bin Mohamad [Penjara Sabah]
8. TKPj Abdul Kadir bin Hj Rais [Penjara Sarawak]
9. PKK Hamzani bin Che Berahim
10. PKK Kausalya Devi a/p Sathoo
JURU AUDIT DALAM
Puan Salma bt Sulaiman
Encik Ahmad bin Mat Zain
""