28 Disember 2013, Penjara Taiping telah melaksanakan pembebasan awal seorang penghuni Penjara Taiping 14 hari dari tarikh pembebasan sehabis awal (EPD) mengikut Peraturan 40, Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Penghuni tersebut telah menjalani hukuman penjara hampir 9 tahun di bawah Seksyen 376. Beliau merupakan banduan yang kedua di Penjara Taiping yang menerima keistimewaan tersebut. Proses pembebasan dilakukan oleh PKK Shukri bin Saad, Pengarah Penjara Taiping.
""