1 Ogos 2013, Kelab Penjara Wanita Kajang (KEKWA) telah menganjurkan majlis Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Penjara Wanita Kajang. Majlis Tadarus Al-Quran telah diketuai oleh Ustazah Dazilawati Binti Daud, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Penjara Wanita Kajang. Turut menyerikan majlis ialah kehadiran PKK Jamilah Binti Hasan, Pengarah Penjara Wanita Kajang yang turut menyampaikan sumbangan daripada Kelab Penjara Wanita Kajang ( KEKWA) kepada seramai 12 kakitangan pelbagai pangkat yang telah menjayakan majlis ini.
""