31 Julai 2012 - Sempena menyemarakkan sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Henry Gurney Melaka bersama Pelajar. Objektif program ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar merasai nikmat berbuka bersama selain dapat mengeratkan tali silaturahim antara pelajar, warga kerja Jabatan Penjara Malaysia, Ahli-ahli Lembaga Pelawat , Guru-guru Halaqah Majlis Agama Islam Melaka dan badan NGO?S AL-Taqwa. Program ini turut diserikan dengan kehadiran TKPj Haji Darussalam bin Haji Budin, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan (Pemulihan dan Rawatan), Ustaz Don Daniyal serta Pengarah-Pengarah Penjara Negeri Melaka. Program dimulakan dengan Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Don Daniyal yang turut menyampaikan tazkirah yang berkisarkan tentang kelebihan dan nikmat di bulan Ramadhan. Majlis diakhiri dengan penyerahan wang zakat pelajar Sekolah Henry Gurney sebanyak RM 1358.50 oleh PP Arzaee bin Abdullah, Pengarah Sekolah Henry Gurney kepada SP Ghafar bin Musa, wakil Pusat Zakat Negeri Melaka.
""