Pada 30 Julai 2013, Unit Agama Islam Penjara Taiping telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 30 orang anak-anak yatim dari Pusat Kebajikan Kg. Pinang, Taiping. Majlis tersebut di hadiri oleh PKK Shukri Bin Saad Pengarah Penjara Taiping serta kakitangan Penjara Taiping. Majlis ini dimulakan dengan anak-anak kakitangan Khatam Al-Quran serta tahlil ringkas diikuti dengan dengan penyampaian sumbangan ikhlas dari Penjara Taiping berupa duit raya oleh PKK Shukri Bin Saad, Pengarah Penjara Taiping kepada anak-anak yatim dan Pusat Kebajikan. Majlis diteruskan dengan juadah ringkas berbuka puasa dan solat terawih berjemaah.
""