Kuching, Jumaat, 2 Ogos 2013, Kelab Sosial dan Kelab Surau IPP Sarawak telah bersama-sama menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Berjemaah bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, TKPj Abd. Kadir bin Rais di ruang legar Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak. Turut hadir dalam majlis tersebut PP Walace anak Nawon, Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak dan kakitangan daripada Penjara Puncak Borneo Kuching, PULAPEN Wilayah Sarawak serta Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sarawak. Majlis dimulakan dengan program berbuka puasa, seterusnya solat berjemaah yang imamkan oleh TPP Hamad bin Seman dan diakhiri dengan jamuan moreh.
""