1 Ogos 2013, Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat dan Solat Sunat Dhuha di Surau An-Nur. Program bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memohon agar keselamatan kakitangan dan penghuni institusi ini berterusan dan memohon agar dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah S.W.T. Selain itu juga program ini, mengingatkan kakitangan langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diambil menjelang dan semasa perayaan Hari Raya Aidil Fitri, program ini juga menggalakkan kakitangan dan penghuni bersolat secara berjemaah dalam kehidupan seharian.
""