Majlis Berbuka Puasa Kakitangan Penjara Tapah bersama Pengarah, PKK Abd Halim bin Ma Hasan telah diadakan pada 1 Ogos 2013 di perkarangan Surau Islahiyah, Penjara Tapah. Turut hadir adalah wakil-wakil institusi negeri Perak. Majlis dimulakan dengan majlis khatam Al Quran oleh kakitangan dan disusuli pula selepas itu dengan penyampaian sumbangan kepada sekolah anak yatim Teluk Intan dan juga cenderahati kepada kakitangan yang mengikuti kelas mengaji dan terawih. Sebelum bersurai, para jemputan turut menunaikan solat fardhu isyakdan terawih berjemaah serta jamuan moreh.
""