Majlis Berbuka Puasa Penghuni Penjara Tapah turut dihadiri oleh PKK Abd Halim bin Ma Hasan, Pengarah Penjara Tapah pada 30 Julai 2013 di perkarangan Surau Penghuni, Penjara Tapah. Turut hadir adalah wakil-wakil jabatan di sekitar daerah Batang Padang . Majlis dimulakan dengan majlis khatam Al Quran oleh penghuni dan disusuli pula selepas itu dengan penyampaian sumbangan kepada penghuni yang khatam Al Quran. Sebelum bersurai, para jemputan turut menunaikan solat fardhu maghrib, isyak dan terawih berjemaah.
""