31 Julai 2013, Unit Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Pokok Sena telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama Penghuni Penjara Pokok Sena yang diadakan di Surau Al-Munir Penghuni Penjara Pokok Sena bermula jam 05.30 petang dan berakhir pada jam 08.30 malam yang melibatkan 200 orang penghuni.
Majlis Ini di serikan lagi dengan kehadiran, TKPj Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Pokok Sena, Kakitangan Penjara Pokok Sena dan Pegawai Zakat Negeri Kedah Darul Aman.
Aturcara majlis di mulakan dengan Khatam dan tadarus Al-quran , tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Sheikh Mohd Naim Bin Hj Ahmad, Pegawai Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, penyampaian saguhati Tadarus Al-quran serta penyerahan replika cek kutipan zakat kakitangan dan penghuni Penjara Pokok Sena kepada Pegawai Zakat Negeri Kedah bagi tahun 2013.
""