Pada 19 Ogos 2013, Unit Program Pembangunan Insan Pusat Pemulihan Akhlak Machang telah menganjurkan Majlis Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan seramai 25 orang penghuni. Majlis ini telah disempurnakan oleh PKK Muhammad Zuki Bin Muhammad Zain, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan. Program Jalinan Kasih ini memberi peluang kepada keluarga dan penghuni yang terpilih untuk berjumpa secara bersemuka bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Menerusi pendekatan ini juga, ianya diharapkan dapat memberi sokongan dan nilai kasih sayang oleh pihak ahli keluarga di dalam memberi semangat serta dorongan kepada penghuni untuk meneruskan program-program pemulihan di dalam penjara.
""