Marang 18 Ogos 2013, Bengkel Songket Penjara Marang Terengganu telah membuat satu lonjakkan dengan penghasilan rekabentuk baru dan terkini berdasarkan konsep Kasih Dan Nusantara dengan kerjasama dan tunjuk ajar daripada Prof. Madya Sulaiman Abdul Ghani, Pensyarah Jabatan Seni Reka Tekstil Falkuti Seni Lukis & Seni Reka Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor. Kursus bermula mulai 18 hingga 20 Ogos 2013 bertempat di Bengkel Songket Penjara Marang. Kursus tersebut disertai seramai 10 kakitangan yang terlibat secara langsung dalam penghasilan Songket Berskala Besar di Penjara Marang. Hasil gabungan corak nusantara dan rekaan terkini serta corak songket tradisi lama yang diberi nafas baru mampu menghasilkan songket berskala besar yang boleh dibanggakan dari segi kualiti dan menaikkan imej jabatan sebagai pengeluar songket terulung di Negeri Terengganu. Kursus ini juga mensasarkan dan bermatlamat kearah persediaan Penjara Marang sebagai Pusat Kecemerlangan Songket yang menerajui pengeluaran songket di Jabatan Penjara.
""