24 Ogos 2013 - Unit Pemulihan dan Rawatan, Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah telah menganjurkan Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri 2013 bertempat di Perkarangan Pejabat Pentadbiran Sekolah Henry Gurney Keningau. Program Jalinan Kasih pada tahun ini melibatkan seramai 10 orang penghuni yang telah dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan. Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada penghuni untuk merasai kemeriahan suasana sambutan hari raya di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan. Majlis disempurnakan oleh KIP Palawat Kerion mewakili Pengarah Sekolah Henry Gurney Keningau, Sabah. Majlis turut diserikan dengan persembahan kumpulan muzik Sekolah Henry Gurney Keningau yang terdiri daripada penghuni.
""