22 Ogos 2013 PERSIAP Penjara Wanita Kajang dengan kerjasama Kelab Sukan Penjara Wanita Kajang (KEKWA) telah menganjurkan ceramah bertajuk ?Keberkatan Syawal dan Semarak Kemerdekaan? bertempat di Padang Penjara Wanita Kajang. Majlis disertai seramai 200 orang peserta terdiri daripada penghuni, ahli-ahli PERSIAP Kompleks Penjara Kajang dan juga kakitangan Penjara Wanita sendiri. Majlis yang dimulakan dengan bacaan doa, persembahan nasyid dan qasidah oleh penghuni diakhiri dengan ceramah oleh Dato' Kapten (B) Najmuddin Bin Elias yang didatangkan khas dari Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi Perak.
""