27 Ogos 2013 Bertempat di Perkarangan Pejabat Parol Negeri Sabah telah diadakan Program Hebahan Komuniti dan Sambutan Aidilfitri Parol Dan Perkhidmatan Komuniti Negeri Sabah. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran TKPj Ab.Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Sabah. Tetamu jemputan yang hadir termasuk PKK Suria bin Hj.Idris, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, PKP Nora binti Musa,Pengarah Penjara Wanita Kota Kinabalu. Jemputan lain terdiri daripada kakitangan Kompleks Penjara Sabah, agensi kerajaan, NGO's dan syarikat-syarikat swasta. Majlis dimeriahkan dengan persembahan dari setiap Pejabat Parol Daerah dan Pejabat Parol Institusi Penjara Negeri Sabah disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai-pegawai parol yang telah dinaikkan pangkat dan berpindah ke institusi lain.
""