28 Mac 2013, Mesyuarat Penyelarasan Lembaga Hakim Pelawat bagi Penjara Negeri Sembilan telah diadakan bertempat di Penjara Seremban, Negeri Sembilan. Seramai ( 13 ) Ahli Lembaga Hakim Pelawat yang baru dilantik bagi tahun 2013/2014 telah hadir. Mesyuarat dana taklimat tugas dan tanggungjawab hakim pelawat telah disampaikan oleh PKP Hafidz bin Othman, Pengarah Penjara Seremban. Hadir sama dan turut menyampaikan taklimat ialah PKP Anathurai a/l Kalimuthu, Pengarah Penjara Jelebu. Turut hadir Pengarah Parol Negeri, PP Ahmad Zaini bin Abu Hasan serta wakil dari Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Gemas. YBhg. Tuan Haji Ibrahim bin Hassan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat bagi Penjara Negeri Sembilan.
""