24 Mac 2013- Penjara Kluang telah menyertai Majlis Pelancaran Program mengimarahkan Klinik 1 Malaysia yang telah diadakan di Taman Sri lambak, kluang Johor bermula pada pukul 9.00 pagi. Program tersebut adalah merupakan salah satu program di bawah inisiatif NKRA yang mana merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Kementerian Dalam Negeri. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Cawangan Taman Seri Lambak. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Saringan Kesihatan komuniti dimana melibatkan penduduk Taman tersebut. Dalam program tersebut juga pelbagai agensi telah menyumbang dalam memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan termasuklah wakil daripada Penjara Kluang, JPAM, Klinik Kesihatan Daerah, Skuad 1 malaysia, Pejabat Belia Daerah dan beberapa agensi lain. Program Saringan kesihatan ini di buat daripada rumah ke rumah melalui beberapa kumpulan yang telah diagihkan.Melalui program ini telah mewujudkan kerjasama diantara kementerian yang terlibat dan dapat mempelajari kaedah dan cara- cara membuat ujian saringan kesihatan yang penting.
""