Pada 23 Mac 2013, Penjara Taiping telah mengadakan Majlis Pemimpin Bersama Komuniti Penjara Taiping. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan tempat menungu hadapan Penjara. Majlis telah dihadiri oleh Y.Bhg Datuk Haji Ahmad Shalimin Bin Haji Ahmad Shaffie, Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Perak. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dato' Mohammad Zahir Bin Dato Hj Abdul Khalid Exco Perak, serta ahli keluarga kakitangan Penjara Taiping. Pada majlis tersebut sebanyak 30 unit basikal telah diserahkan kepada anak-anak kakitangan Penjara Taiping.
""