Sandakan 09 April 2013, Institusi Penjara Sandakan, Sabah telah menerima lawatan daripada YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, bersama rombongan daripada Kem Seri Kinabatangan, Ketibaan Menteri disambut oleh Y. Bhg Dato' Sri Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, serta Pengarah Penjara Negeri Sabah PKK. Suria Hj. Idris, Pengarah Penjara Sandakan PKP. Faridon Bin Md Saad dan juga pegawai kanan daripada Ibu Pejabat Penjara Malaysia Dalam program tersebut YB Dato' Seri mengambil kesempatan menyampaikan amanat dan memberikan kata-kata semangat kepada semua kakitangan yang hadir pada hari tersebut . Sebelum itu YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah di beri taklimat mengenai Pengurusan Keselamatan Di Institusi Penjara Sandakan yang telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah sendiri, sebelum mengakhiri lawatan YB. telah membuat sidang MEDIa bersama dengan pemberita.
""