Pada 13 April 2013, Penjara Reman Johor Bahru telah mengadakan Program Gelombang Kesukarelawan Skuad Muda KDN, Penanaman Sejuta Pokok Peringkat Institusi yang telah diadakan di Pusat Koreksional Johor Bahru.
Majlis bermula jam 8.30 pagi telah dihadiri oleh Pengarah Penjara Reman Johor Bahru PKP Md Din bin Mamat, Setiausaha Lembaga Hakim Pelawat Johor Tuan Hj. Abd. Rahman bin Mohamad, pegawai-pegawai kanan, kakitangan Penjara Reman Johor Bahru dan Pusat Koreksional Johor Bahru serta Skuad Muda KDN sekitar daerah Johor Bahru.
""