Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan telah mengadakan Program Menyemarakkan Gelombang Kesukarelawan Kempen Penanaman Sejuta Pokok pada 13 April 2013 (sabtu). Program ini telah mendapat kerjasama dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan menyumbang sebanyak 400 pokok pelbagai jenis dan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan yang telah menyumbang sebanyak 100 pokok manggis. Program ini juga turut disertai oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ahmad Jazlan Bin Hj. Yaakub, Penyelaras Parlimen Machang, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, anggota-anggota dari Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Machang, anggota-anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Daerah Machang, pasukan Kadet Koreksional dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Machang dan kakitangan Pusat Pemulihan Akhlak Machang.
""