Pada tarikh 12 April 2013, Pejabat Parol Tawau, Sabah telah menerima lawatan kerja daripada Y. Bhg Dato Alwi bin Hj. Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Keselamatan, KDN bersama Y. Bhg Dato' Hj. Hassan bin Sakimon , Timbalan Ketua Pengarah Penjara Malaysia (Keselamatan dan Koreksional ). Selain itu juga, turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Y. Bhg Dato' Awang Din bin Husin, Setiausaha Bahagian KDN, TKPj Kushairi bin Manap, Ketua Seksyen Keselamatan, Bahagian Keselamatan dan Inteligen serta Pegawai KDN. Ketibaan YBhg. Dato' telah disambut oleh PKP Sazali bin Ismail, Pengarah Penjara Tawau. Rombongan telah menerima taklimat mengenai fungsi dan tugas PPD Tawau yang disampaikan oleh KIP. Safri bin Abu Bakar dan seterusnya lawatan sekitar Pejabat Parol Tawau.
""